CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

2 Teknik lakonan Stanislavski dalam membina teknik lakonan secara representational atau living apart dalam konteks lakonan realisme


Representational boleh dijelaskan sebagai melakonkan semula. Stanislavsky cuba mengimitasi realiti dengan mempersembahkannya di atas pentas teater. Oleh itu pelakon perlu menganggap bahawa mereka hidup sebagai watak yang dilakonkan (living apart). Apabila menyedari bahawa terdapat ruang pemisah antara fizikal dan emosi pelakon, Stanislavsky membawa sistem lakonannya sendiri, iaitu Method of Physical Action. Stanislavsky percaya bahawa beberapa siri pergerakan fizikal yang disusun dengan baik mampu membawa emosi yang diingini. Emosi tidak boleh dibawa secara langsung apabila seseorang pelakon memerlukannya. Namun, ia boleh dibawa secara tidak langsung menggunakan teknik. Antara kaedah yang digunakan dalam Method of Physical Action ialah Truth, Belief and the ‘Magic If’ dan Imagination.


a)              Truth, Belief and the ‘Magic If’

Perkara paling penting bagi seseorang pelakon adalah bagaimana membawa sebuah realiti ke atas pentas. Lakonan itu perlu menyamai keadaan realiti secara natural. Stanislavsky mengatakan bahawa kebenaran di atas pentas adalah berbeza daripada kebenaran di alam realiti. Masalah yang berlaku dalam membawa cerminan realiti kepada penonton ialah pelakon tidak mempercayai kebenaran yang berlaku di atas pentas. Mereka masih merasakan bahawa watak yang dipegang adalah watak ciptaan yang perlu mereka lakonkan. Justeru, Stanislavky memperkenalkan ‘magic if’. Ia merupakan satu teknik yang memberi para pelakon anggapan ‘bagaimana jika saya ditempat watak ini’. Sebagai contoh, watak seorang ibu yang kehilangan anaknya. Pelakon perlu meletakkan diri mereka dalam watak itu dengan persoalan, ‘apa yang akan saya rasa’, ‘apa yang akan saya lakukan’, atau ‘bagaimana reaksi saya’. Perkara ini membantu pelakon tenggelam dalam watak yang dipegang dan mampu membuat penonton percaya bahawa pelakon itu bukan berlakon, tetapi merupakan watak sebenar. Bagi Stanislavsky, jika seseorang itu mampu memancing kepercayaan penonton, mereka telah mencapai ‘scenic truth’. Scenic truth’ terhasil daripada rekaan imaginasi dan seni.

b)             Imaginasi
             
Stanislavsky berpendapat bahawa seorang pelakon perlu kaya dengan imaginasi. Semakin galak imaginasi seorang pelakon, semakin banyak pilihan yang boleh dibuat dalam konteks objektif, aksi fizikal, dan pembinaan ruang yang mencakupi keliling watak. Stanislavsky menulis:

“There is no such thing as actuality on the stage. Art is a product of the imagination, as the work of a dramatist should be. The aim of the actor should be to use his technique to turn the play into a theatrical reality. In this process imagination plays by far the greatest part.”

Para pelakon perlu bermain dengan imaginasi untuk menyampaikan subteks cerita. Oleh itu, jika pelakon mempunyai imaginasi yang luas, mereka mampu mempersembahkan penyampaian itu dengan lebih dramatik dan menarik.




0 comments:

Post a Comment