CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kaedah lakonan Brechtian dalam teater epik.


Teater epik ialah sebuah teater berepisod, di mana ia dipisahkan oleh beberapa babak. Apabila digabungkan, babak-babak ini akan menjadi sebuah cerita. Matlamat utama teater epik adalah menyedarkan penonton bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan. Dengan itu, penonton tidak akan leka atau hanyut dalam emosi. Penonton perlu menilai, memahami dan menghayati idea-idea yang cuba disampaikan dalam sesebuah pementasan teater epik. Bagi mencapai matlamat ini, Brecht menyatakan bahawa penonton perlu diasingkan daripada pementasan yang ditonton. Keadaan ini dinamakan verfremdungeffect (Allenation Effect). Terdapat beberapa kaedah yang digunakan bagi melangsungkan keadaan ini. Antaranya ialah kaedah historical, allegorical, pseudo-foreign, dan penggunaan kapsyen.

a)            Kaedah historical

Melalui kaedah ini, Brecht meletakkan babak-babak pementasan dalam setting masa lampau. Sebagai contoh, pementasan Mother Courage and Her Children. Pementasan ini menceritakan tentang Perang 30 tahun di Eropah yang berlaku pada tahun 1618 hingga 1648. Namun, mesej sebenar yang cuba disampaikan adalah berkaitan masalah semasa yang berlaku, iaitu masalah perang dunia kedua yang berlangsung dari tahun 1938 hingga 1945. Pementasan Mother Courage and Her Children ditulis pada 1938, disunting kembali pada 1940 dan dipentaskan pada 1941.

b)            Kaedah allegorical

Kaedah ini menggunakan simbol untuk menerangkan sesebuah pementasan. Penonton perlu menganalisis simbol-simbol yang digunakan dalam pementasan yang ditonton. Contoh pementasan yang menggunakan allegorical ialah pementasan How Much Is Your Iron. Dalam pementasan ini, setiap watak mewakili satu bangsa di Eropah. sesetengah watak ini juga diberi nama negara yang diwakili.

c)            Kaedah pseudo-foreign

Kaedah ini mementaskan sebuah teater epik yang menggunakan unsur budaya luar yang berbeza daripada budaya penonton. Contohnya pementasan The Good Person of Szechwan. Pementasan yang dipentaskan di Zurich Schaudpielhaus, Switzerland ini menggunakan setting sebuah bandar di China iaitu Bandar Sichuan.

d)            Penggunaan kapsyen (keterangan)

Kaedah ini digunakan untuk menerangkan keadaan yang berlaku dalam babak. Contohnya, pementasan Caucasian Chalk Circle. Pementasan ini menggunakan elemen seperti berikut:
  •          memaparkan tajuk setiap babak di pentas
  •   narator memprovokasi penonton dengan menerangkann apa yang berlaku dalam babak
  •          menggunakan lagu untuk memprovokasi pemikiran penonton
  •          pelakon bertanya kepada penonton

0 comments:

Post a Comment