Terjumpa diary pergerakan kreatif teater masa sem 6 dulu..sronok pulak mengimbau kenangan lalu..hehe..
Tak
dtg klas da (29 Febuari 2012 – Rabu- Pagi)
Sbenarnye ari ni aku x dtg
klas....balik seremban ade hal ckit...aku called temb (bestpren aku, athirah)
die kate klas ari ni cik Eddy bg tgk video pasal pesembahan2 lepas...pastu ade
instruktor dtg 4 org....ensem2 die kate....sudah...aku thu da kwan aku ni
pantang tgk org ensem nnt abis la....haha klas nnt caner agaknye....
Cik Eddy ade bg lecture gak pasal
pgerakan kreatif teater nih...ni aku share notes die jelah...bukan ape nnt
korang2 yang bace blog aku ni pun dpt la information same kan...nah nota die...
Pengenalan
·
dance=berasal
daripada Jerman Kuno yang bermaksud danso.
·
Melibatkan
stretching dan flexsibel dan extended tubuh badan seseorang
·
Pergerakan
kreatif teater ini adalah gabungan tarian dan lakonan.
Pandangan pihak lain
·
Prof.
Dr Ghouse Nasaruddin = pensyarah seni dari Universiti Sains Malaysia, tarian
merupakan satu bentuk “non-verbal communication” di mana komunikasi atau luahan
perasaan melalui pergerakan bukan melalui percakapan.
·
Laban
Analysis Movement, seseorang penari yang baik perlu mengaitkan pergerakan
mereka dengan ruang am iaitu dari segi arah, aras, aliran dan ekstensi. Dari
segi aras, seseorang penari itu perlu bijak menggunakan aras samada tinggi,
sederhana dan rendah semasa membuat pergerakan.
·
Pergerakan
·
Pergerakan
lokomotor
ü
pergerakan
untuk meningkatkan kreativiti
ü
Aspek
yang perlu ada ialah aspek penggunaan ruang, masa, beban dan aliran.
ü
Aspek
ruang iaitu sesuatu tempat, kawasan atau pentas untuk menggunakan ruang badan
ataupun ruang tempat itu untuk mereka bergerak secara kreatif
·
Pergerakan
Bukan Lokomotor
ü
Pergerakan
yang ruangnya lebih terhad.
ü
Ruang
Tubuh Badan
Start
wat gerak (7 Mac 2012 – Rabu- Pagi)
Mggu
ni kami mula wat gerak. Kami kene aplikasi konsep laban dalam sesuatu
pergerakan. Minggu ni aku baru kenal ape makne die lokomotor and bukan
lokomotor....nk thu tak..lokomotor tu kite wat gerak secara kite bgerak,,,ubah
kedudukan kite tp klu bukan lokomotor tu kite bgerak tp kedudukan kite tu masih
statik. Mula2 masuk klas kene warm up dulu so that body kite takde la tkejut
bile wat pgerakan nnt. Pastu cik Eddy tunjuk camner kite explore ruang body dan
ruang psekitaran kite....Kami kene wat ar pgerakan tu... mumula aku malu gak nk
wt gerak ni kan depan depan org lain nih..segan ah..tp bile pikir pikir balik
sume org pun same...kene wat cam aku gak...so nk malu hape nye.... pastu aku wt
la gerak ikut suka ati aku...cik Eddy kate kite gerak je....xyah pikir pun....ikut
ati tp pade mase yang same kene la sedar diri...agak agak la kan...cik Eddy suh
kite org bgerak mnuju ke tangga n imagine tangga tu cam pokok....kite kene wat
ar gerak cam kite org ni daun...pastu kene gerak ikut arah angin....
Then cik Eddy bg Ricky ngan Fikri
handle klas... diorg ajar care nk bgun gune betis bukan lutut...tp disebabkan
aku ni lembap ckit...aku gune lutut gak....at the end .... lebam-lebam lutut
aku...sakit oh nk smayang....korang thu tak aku ngan Ya ( my bff) sakit2 badan
lepas klas....mumula tu mmg tak rase...tp lepas 2 3 jam....mmmmhhh nk jalan pun
tak bleh wei...sakit giler dari hujung kaki smpai hujung rambut tuh....gerak
ckit je sakit...haaaa skang ni pun...yang xleh bla...si Athirah (my bff) tu
kate “aku tak sakit sangat pun”...oooo blagak giler ek...nnt ko rase plak nnt
oh...padan muka ang.....
Minggu
Keempat (14 Mac 2012 – Rabu- Pagi)
Kelas ari ni kami wat gerak
‘sentuh-sentuh’...aku sbenarnye tak thu ape name sbnenarnye gerakan tu tp sbb
die kene sentuh2, so aku bg name die sentuh2 je lah...mumula Ricky ngan Fikri
tunjuk kat kite org...gerakan ni kite wt berpasangan ngan partner yg kite pilih....bile
partner kite sentuh kite,,,die akan freez,,,kite plak kene wat gerakan..then
kite sentuh die plak...kite freez..die plak yang gerak..haaa gitu la...
Pastu kite org kene wat gerak ni dalam
bulatan...semua org kene wt bulatan....pastu satu pasangan akan dipilih utk wt
pgerakan dalam bulatan tu....tibe turn aku ngan Athirah...seriously...i didn’t
know wht 2 do...i don’t really understand how this movement should be done
actually....so aku blasah je lah...at last kene marah..sbb asyik gelak je mase
wt movement tu.,..padan muka kami....sbenarnye nk wat gerak ni..kite xyah pikir
pun...buat je..gerak je ikut suke hati...tp problemnye,,kami asyik pikir
je...pgerakan kami ni ntah elok ke tidak...
Pastu....cik Eddy pasang lagu n tutup
lampu....suh kami bgerak....hmmmm apa lg....gerak la cam org x sedar diri...dlm
gelap kot...bukannye org nmpak pun..hahaha sronok gak...
Minggu
kelima (21 Mac 2012- Rabu- Pagi)
Ari ni kelas....Ricky, Fikri, Wan ngan
Amy yang handle klas..dia org suh kami wt bulatan....pastu stiap org kene wat
gerakan masing2 untuk perkenalkan name...mumula skali fikri yang wt..pastu kami
kene ikut...then Ricky plak...kite org pun kene gabung gerak Fikri n
Ricky....begitulah seterusnya....thu tak bdebar giler nk tggu turn aku
plak....aku asyik pikir je nk wt wat gerak ape...tibe turn aku...aku blasah je
gerak aku...haha tp jd gerak kreatif gak hahaha...lps sume da ade gerak masing2
n bile kami gabung...secara x langsung jd satu koreografi tau....thats what we
call pgerakan kreatif teater....
Lps tu kami kene form grup kami sndiri
n wat satu pergerakan pasal bgun pagi...suke ati la nk wt pgerakan gosok gg ke
buang taik mate ke....menggeliat ke...suke ati la....hahaha mcm2 ade...gerak
kami tu kene msuk emosi skali...marah ke happy ke sedih ke serabut ke...ikut
suke hati kite la...
Hari ni Encik Eddy handle kelas
seratus peratus. Mula-mula masuk kelas kami diminta untuk memanaskan badan.
Kemudian kami diminta untuk berada in between. Encik Eddy menyuruh kami untuk
mencipta gerak masing-masing seorang demi seorang. Kemudian orang lain akan
ikut melakukan pergerakan yang dilakukan. Pergerakan itu kemudian digabung dan
digabung. Semua orang perlu melakukan pergerakan itu serentak mengikut bilangan
(1–8). Selagi tidak sama pergerakan yang dilakukan selagi itu kami perlu
mengulangi gerakan yang sama.
Kemudian, kami diminta bergerak secara
lokomotor dan membuat gerakan mengikut arahan yang diberi oleh Encik Eddy.
Contohnya, bila Encik Eddy beri arahan “pergerakan satu”,kami perlu semua perlu
melakukan pergerakan satu secara lokomotor. Apabila Encik Eddy menukar arahan
“pergerakan dua”, kami juga perlu mengubah pergerakan kami kepada pergerakan
dua. Gerakan juga diminta mengikut level yang diarah oleh Encik Eddy. Dengan
melakukan gerakan ini, kami lebih menyelongkar kebolehan dan penggunaan tubuh
badan kami dengan lebih mendalam.
Namun, sebenarnya gerakan yang kami
cipta itu terikat kepada konsep gerakan senaman. Kami sebenarnya boleh
melakukan gerakan bebas tanpa mengikut gerakan mana-mana konsep. Tetapi
disebabkan gerakan yang kami lakukan di awal kelas adalah gerakan senaman, kami
terikat dan terpengaruh dengan gerakan itu.
Minggu ini, kami diarahkan untuk
membentangkan tema dan konsep tugasan koreografi berkumpulan kami. Kami
bersama-sama membincangkan koreografi kami bersama-sama Encik Eddy, Ricky dan
rakan-rakan sekelas yang lain. Koreografi yang kami cipta mestilah mengikut apa
yang telah kami pelajari dalam kelas. Koreografi mestilah mengikut analisis
pergerakan laban.
Minggu hadapan kami perlu menunjukkan
sedikit koreografi kami kepada Encik Eddy.
Minggu
keenam (28 Mac 2012 – Rabu – Malam)
Kami membuat perbincangan mengenai
koreografi kami. Tema yang kami pilih adalah ‘CINTA’. ‘CINTA‘ merupakan sebuah
koreografi yang mengisahkan percintaan dua pasangan lesbian yang mengimbau
kembali percintaan mereka dari detik awal pertemuan hingga ke saat yang sedang
mereka lalui. Dimulakan dengan pergerakan yang menunjukkan kebahagiaan yang
mereka lalui pada saat sekarang. Satu pasangan masuk dengan keadaan bahagia dan
kemesraan. Manakala pasangan yang seterusnnya masuk dengan pertengkaran dan
akhirnya pujukan. Kemudian, berlaku imbas kembali peristiwa hubunan mereka.
Imbasan dimulakan dengan pertemuan secara pergaduhan antara kedua-dua pasangan.
Pergerakan akan menunjukkan emosi marah. Selepas berlaku pertengkaran,
kedua-dua pasangan ini jatuh cinta dan menjalani kisah percintaan mereka
sehingga detik sekarang. Pergerakan yang dilakukan melibatkan pelbagai action of body, qualities of movement, space
environment dan relationship. Kami memilih lagu latar just the way you are, rolling in the deep
dan por una cabezza.
Kami mula mengatur kronologi
pergerakan kami mengikut peristiwa yang berlaku dalam koreografi kisah CINTA
ini. Kami mencari dan menonton video-video yang mempunyai pergerakan kreatif di
dalam youtube dan mula mesra dengan muzik yang dipilih agar kami noleh mencipta
gerak untuk koreografi yang akan kami persembahkan. Kami membincangkan masa
latihan untuk mencipta koreografi CINTA kami
Minggu
ketujuh (3 April 2012- Selasa- Malam)
Malam ini kami perlu membuat gerak.
Disebabkan faktor kekangan masa, kami tidak dapat membuat latihan seperti yang
telah dibincangkan sebelum ini. Malam ini kami perlu bekerja keras untuk
mendapat gerak kami. Kami membuat keputusan untuk menyiapkan koreografi bahagian
pertama CINTA, iaitu bahagian pergerakan
masuk. Pasangan pertama masuk dengan kebahagiaan, manakala pasangan kedua masuk
dengan pertengkaran dan pemujukan.
Dalam membuat pergerakan ini kami
mengaplikasikan semua perkara yang diajar di dalam kelas mengenai pergerakan
analisis laban. Bahagian pertama kami dimulakan dengan pergerakan yang berspeed
slow untuk menunjukkan keromantikkan setiap pasangan. Muzik yang kami gunakan
untuk bahagian ini adalah lagu Bruno Mars, Just The Way You Are. Kami banyak
mengambil gerak di dalam video yang ditonton dan mengubahnya mengikut
kreativiti dan ekspresi kami. Pergerakan juga mengikut rentak muzik yang kami
dengar.
Bahagian pertama koreografi kami
berjaya disiapkan pada malam ini. Kami berlatih sampai pagi untuk menyudahkannya.
Dengan kerjasama dan idea semua ahli kumpulan, koreogarfi bahagian pertama
CINTA, complete.
Minggu
ketujuh (4 April 2012- Rabu- Pagi)
Kami
sengaja datang lebih awal ke kelas untuk berlatih gerakan kami di dalam bilik
seni lakon. Kami perlu menggunakan cermin untuk melihat dan menilai gerakan
kami masing-masing. Latihan bahagian pertama CINTA dibuat lagi di sini.
Encik Eddy meminta kami untuk
menunjukkan koreografi yang telah kami cipta. Setiap kumpulan diminta untuk
mempersembahkan gerak masing-masing. Dimulakan dengan kumpulan pertama, Ramdam,
Latika, Shan dan Fifah. Encik Eddy memberi komen persembahan mereka dan
menambah apa yang perlu di tambah dan perlu di perbaiki. Kemudian kumpulan
kedua, Nani, Che Mat, Dini, Sha, Pa’an, Dayah dan Ain. Persembahan mereka perlu
banyak di perbaiki lagi kerana banyak pergerakan yang dibuat tidak memenuhi
keperluan laban. Sementara itu kumpulan kami sangat risau akan koreografi yang
telah dihasilkan. Akhirnya kami membuat persembahan. Gerakan kami boleh digunakan
tetapi perlu diperbaiki sedikit.
Pada hari ini kami diminta untuk
membuat latihan sendiri untuk koreografi kami. Kumpulan kami mengambil peluang
ini untuk cuba mencipta gerak bahagian kedua CINTA. Kami mengambil inspirasi
dari video muzik Katy Perri, Jar of Heart untuk menunjukkan perasaan marah dan
pertengkaran yang berlaku. Semasa cuba membuat gerak, Encik Eddy memberi tips
kepada kami mengenai cara body Lifting dan cara menjaga keseimbangan dan
kestabilan badan dalam membuat gerakan. Kami perlu menjaga pusat gravity kami
supaya lebih stabil dan tidak terjatuh semasa membuat gerakan.
Minggu
ketujuh (6 April 2012- Jumaat -Malam)
Kami membuat gerak koregrafi CINTA
dari awal sampai ke akhir. Esok, kami sudah mula bercuti pertengahan sem.
Sekurang-kurangnya apabila kami sudah mempunyai gerak, kami boleh berlatih
sendiri di kampung. Walaupun sukar untuk membuat gerak dalam masa singkat, kami
perlu mengerah idea kami. Kami sudah tidak mempunyai masa lagi kerana sebaik
sahaja pulang dari bercuti, kami perlu mempersembahkan koreografi kami untuk
dinilai.
Minggu
Kelapan ( 18 April 2012-Rabu-Pagi )
Hari ini kami diberi penerangan dan
kuliah mengenai apresiasi dan jurnal. Kemudian setiap kumpulan diberi masa
untuk membuat latihan sendiri. Kami membuat latihan koreografi CINTA di
bilik seni lakon. Banyak yang perlu kami
perbaiki dan banyak step yang sudah kami lupa. Pergerakan yang sama perlu
diperkemas supaya gerakan yang dibuat sama.
Minggu
Kelapan (setiap hari)
Rancangan kami untuk membuat latihan
pada setiap petang dan malam gagal kerana kami terpaksa memberi komitmen kepada
tugasan-tugasan subjek lain juga. Kami terpaksa menunda latihan kami pada
minggu hadapan. Namun, masa terluang yang ada walaupun sedikit tidak kami
persiakan. Setiap daripada kami berlatih gerak masing-masing supaya ianya lebih
indah dan bermakna. Kami juga mendengar muzik-muzik yang akan kami gunakan
dalam koreografi kami supaya lebih familiar dengannya dan supaya kami dapat
mengeksplor lagi tubuh badan kami. Dalam masa yang sama, masa sedikit yang
terluang kami gunakan juga untuk menonton video gerakan kreatif di youtube agar
kami dapat memperbaiki dan mempelajari gerak-gerak yang sesuai.
Minggu
kesembilan (23 April 2012- Isnin- pagi)
Hari ini kumpulan pertama
mempersembahkan koreogarfi mereka yang bertajuk Taman Mini. Koreografi mereka
menunjukkan gerakan-gerakan yang sangat hebat dengan mengaplikasikan semua
pergerakan laban. Penggunaan ruang, pengekplorasian tubuh badan, permainan
level, ekspresi dan jalinan perhubungan yang ditunjukkan oleh setiap watak
jelas menunjukkan jalan cerita yang ingin diekspreskan.
Persembahan ini membuatkan kami berasa
lebih berdebar dan ingin memperbaiki dan menambah mutu pergerakan kami. Kami
perlu kerap berlatih dan berlatih dengan lebih gigih supaya kami dapat
menghasilkan persembahan yang terbaik.
Selesai persembahan, Encik Eddy dan
para instruktor memberikan komen dan pujian terhadap persembahan yang telah
dilakukan.
Minggu
kesembilan (23/24 April 2012- Isnin/Selasa- Petang dan Malam)
Setiap petang dan malam kami membuat
latihan koreografi kami. Banyak yang kami perbaiki dari sudut kepelbagaian
ruang dan level, pengeksplorasian ruang body dan pentas, permainan ekspresi dan
kualiti pergerakan yang kami ciptakan. Kami masih mempunyai masalah dalam
pergerakan yang sama. Kami tidak dapat melakukan pergerakan itu serentak.
Sebenarnya masalah ini berpunca dari kurangnya penghayatan bit muzik. Jadi
setiap orang perlu meneliti setiap bit muzik yang digunakan kerana pergerakan
yang dibuat adalah mengikut bit-bit muzik itu.
Minggu
kesembilan (25 April 2012- Rabu- Pagi)
Pada hari ini, kami dipecahkan kepada
dua kumpulan untuk membuat koreografi akhir yang dirancang dibawah pengarahan
Ricky dan Fikri. Satu kumpulan akan berada di bawah Ricky dan satu kumpulan
lagi akan berada di bawah Fikri.
Kumpulan di bawah Ricky
·
Munirah
·
Athirah
·
Chu
·
Yaya
·
Dini
·
Nani
·
Sya
·
Che
Mat
Kami akan membuat
persembahan bertemakan Funky dan Love
Kumpulan di bawah Fikri
·
Latika
·
Pa’an
·
Medey
·
Ain
·
Dayah
·
Fifah
·
Shan
·
Hong
Mereka akan membuat koreografi
bertajuk Mask dan Hujan.
Bagi kumpulan kami, kami
dipecahkan kepada dua kumpulan, dimana satu kumpulan akan membuat koreografi Funky
dan satu kumpulan akan membuat koreografi Love. 30 minit pertama dimulakan
dengan gerakan Funky dan 30 minit seterusnya diteruskan dengan gerakan Love.
Sebelum kelas bersurai,
kami meminta Ricky dan Fikri menilai koreografi CINTA kami. Mereka mengajar
teknik angkat yang betul supaya tidak terasa beban dan gerakan akan menjadi
lebih selamat.
Minggu
kesembilan (26 April 2012- Khamis- Petang dan Malam)
Kami membuat latihan pada waktu petang
dan malam. Pergerakan kami semakin diperbaik dan dengan penggunaan teknik dan
cara betul. Kami juga lebih familiar dengan bit lagu. Teknik angkat dan jatuh
yang diajar oleh Fikri dan Ricky banyak membantu memudahkan gerakan kami.
Penggunaan ruang tubuh juga diolah dengan lebih halus.
Minggu
kesembilan (27 April 2012- Jumaat- pagi)
Hari ini kumpulan kedua, Medey, Shan,
Latika dan Fifah membuat persembahan koreografi mereka. koreografi mereka
bertemakan ponteng. Ia mengisahkan kisah pelajar-pelajar yang nakal cuba
berpakat untuk ponteng kelas. Pengetua memantau sekolah dan menangkap mereka. Mereka
dihukum oleh pengetua atas perbuatan nakal yang mereka lakukan. Pergerakan dan
penceritaan yang dilakukan sangat jelas. Keempat-empat elemen pergerakan laban
diaplikasi dengan baik sekali dengan menyentuh olahan pergerakan badan, kualiti
pergerakan, ruang dan perhubungan. Tema
dan jalan penceritaan disusun dan diekspres dengan sangat baik.
Kami berasa agak gementar untuk
menanti hari kami pula. Selepas melihat persembahan yang dilakukan oleh
kawan-kawan, kami merasakan kami perlu lebih berlatih untuk membuat
menghasilkan persembahan baik juga. Hari ini, kami membuat keputusan untuk
membuat latihan ditempat sebenar
persembahan kami nanti untuk lebih mudah merancang penggunaan ruang.
Minggu
kesembilan (27 April 2012- Jumaat- malam)
Malam
ini kami membuat latihan di Bitara Siswa. Masalah kami adalah tidak mempunyai
speaker. Muzik tidak dapat didengar dengan jelas. Ia menganggu latihan kami kerana kami perlu mendengar
bit-bit lagu untuk melakukan pergerakan. Pada mulanya kami hanya membuat
gerakan tanpa menggunakan lagu tetapi pergerakan agak tidak sempurna dan kami
lupa beberapa pergerakan. Akhirnya, kami meminjam speaker daripada sekumpulan
junior yang sedang membuat latihan tarian berdekatan kami. Latihan kami berjalan dengan lancar sekali
dan setiap kali mengulangi latihan, kami akan cuba memperbaik mutu gerakan,
ekspresi, penggunaan ruang olahan badan. Kami berlatih sehingga pukul 12 malam
di situ.
Minggu
kesembilan (28 April 2012- Sabtu- Malam)
Hari ini kami hanya boleh berlatih
pada waktu malam sahaja kerana Athirah dan Yaya mempunyai program yang perlu
diuruskan . Sekali lagi latihan kami dibuat di Bitara Siswa. Yaya dan Athirah
terus berkejar ke sana selepas selesai menguruskan program mereka. Saya dan Chu
tahu mereka penat. Latihan pergerakan koreografi kami juga agak memenatkan.
Walau bagaimanapun, latihan koreografi kami tetap diteruskan juga. Semakin hari
semakin kami familiar dan selesa dengan pergerakan yang kami lakukan.
Pengolahan tubuh lebih banyak diterokai. Jika dulu pergerakan kami terbatas
dengan rasa malu, tetapi tidak lagi hari ini. Kami membuat rehersal penuh
koreografi kami dihadapan kawan-kawan kami. Kami melakukan gerak dengan penuh
yakin dan selesa. Latihan hari ini juga berakhir hampir pukul 12 malam.
Minggu
kesembilan (29 April 2012- Ahad- Malam)
Hari ini kami berehat untuk tidak
mencederakan dan terlalu menggunakan tubuh badan kami. Kami perlu berhati-hati
untuk persembahan esok. Malam ini kami meminta Ricky datang melihat dan menilai
koreografi kami. Ricky menasihati kami agar mengemaskan lagi gerakan yang dilakukan. Tetapi over all okey. Ricky
turut menyumbang idea untuk hiasan pentas. Kami merancang untuk menaburkan
bunga di seluruh pentas. Malam ini kami menghabiskan latihan kami lebih awal
kerana kami perlu merehatkan tubuh kami untuk persembahan esok. FIGHTING!!
Minggu
kesepuluh (30 April 2012- Isnin- Pagi)
Hari yang dinanti sudah tiba. Hari ini
kami bersiap pagi untuk melakukan persembahan. Siap mengurus pakaian dan make
up, kami bergerak ke pasar untuk membeli
bunga segar. Sesudah itu kami membuat persiapan pentas. Kami mempunyai masalah
besar apabila PA system gagal disediakan pihak UKLK. Alternatif untuk
menggunakan speaker biasa tidak berjaya kerana lontaran bunyinya tidak kuat
untuk tempat terbuka seperti Bitara Siswa. Akhirnya kami Berjaya mendapatkan PA
system daripada kawan kami.
Selesai menguruskan pentas dan bunyi,
kami menunggu kedatangan para penonton. Setelah lama menunggu, kami gagal
mendapatkan penonton yang banyak. Ramai rakan-rakan seperjuangan pergerakan
kreatif teater gagal hadir ke persembahan kami. Encik Eddy, Ricky dan Fikri
juga tidak dapat hadir ke persembahan kami. Rasa agak kecewa sedikit mengganggu
emosi kami mengenangkan kerja keras latihan dan usaha kami untuk menghasikan
koreografi tidak disambut dengan baik. Namun, kami meneruskan juga persembahan
gerak koreografi CINTA kami. Kami perlu melakukan yang terbaik setimpal dengan
apa yang telah kami lalui untuk menyudahkan koreografi ini.
Apabila kami memulakan gerakan, kami
berjaya menarik pelajar lain untuk menonton persembahan kami. Walau apa pun
yang berlaku kami tetap akan melakukan yang terbaik. Selesai persembahan kami
menerima komen daripada Amy, Wan dan rakan-rakan lain. Komen sama yang kami
dapat daripada mereka adalah muzik yang terlalu kuat.
Hari ini, kami sudah melakukan yang
terbaik. Semua pergerakan Laban telah kami aplikasi dengan baik. Kami enjoy
dengan persembahan kami.
Minggu
kesepuluh (2 Mei 2012-Rabu- Pagi)
Hari ini kami membuat latihan untuk
koreografi akhir kami, Funky dan Love. Pergerakan Funky adalah lebih mudah
daripada Love kerana pergerakan Funky lebih kepada pergerakan harian yang
dilakukan tetapi pergerakan itu diolah dengan lebih kreatif. Namun, pergerakan
Love sedikit sukar kerana pengolahan dan gerakan body yang dibuat memerlukan
kesempurnaan. Ricky membuat keputusan untuk menggabungkan kesemua kami dalam
kedua-dua persembahan.
Selesai latihan, Encik Eddy memberi
komen beliau mengenai pergerakan dan koreografi yang kami lakukan. Seperti yang
sudah dijangka, Encik Eddy juga mempunyai pendapat yang sama mengenai gerakan
Love. Kami sememangnya mempunyai masalah melakukan gerakan ini kerana step dan
gerakan yang dikoreograf adalah sukar.
Kemudian, kami membuat keputusan untuk
menukar tema Love kami kepada sesuatu yang lain. Kami bersepakat untuk membuat
latihan lebih kerap diluar waktu kelas.
Minggu
kesebelas ( 9 May 2012- Rabu- pagi)
Hari ini kami dimarahi Encik Eddy.
Kami gagal melakukan koreografi yang diarahkan oleh Fikri dan Ricky dengan
baik. Sebenarnya kami tidak dapat membuat latihan kerana kekangan masa. Ricky
dan Fikri tidak dapat hadir ke latihan kerana mereka mempunyai komitmen
terhadap perkara lain juga. Latihan terakhir kami adalah semasa kelas minggu
lepas. Banyak step dan gerakan yang telah kami lupa. Kami juga gagal
mempersembahkan gerakan yang kreatif.
Minggu
kedua belas (14 Mei 2012- Isnin- Malam)
Malam ini latihan kami tidak berjalan
dengan lancar. Fikri dan Ricky tidak dapat hadir ke latihan kami kerana
terlibat dalam program. Kami membuat latihan sendiri kami mempunyai masalah
dengan gerakan dan tema kami kerana
mengikut perbincangan yang telah dibuat, tema Love akan ditukar dengan tema
lain. Kami tidak dapat membuat latihan tanpa penetapan tema. Kami membuat
bulatan dan berbincang mengenai tema yang akan dibuat. Masing-masing cuba
memberi pendapat dan idea masing-masing mengenai tema, gerakan dan muzik yang
akan digunakan. Kami cuba mencari gerak.
Bagi pergerakan Funky pula, kami masih
belum menyudahkan koreografinya. Kami cuba mencari gerak menggunakan kerusi
seperti yang diarahkan oleh Ricky.
Minggu
kedua belas (15 Mei 2012- Selasa- Malam)
Malam ini latihan kami diadakan di BE
Learning. Dengan bimbingan Ricky dan Fikri kami menjalani latihan kami. Malam ini,
kumpulan kami membuat latihan gerakan Funky. Koreografi diteruskan lagi dengan
gerakan seterusnya. Setelah selesai bahagian pertama yang hanya melibatkan
saya, Munirah, Athirah, Chu dan Yaya, kami diminta keluar untuk memberi laluan
kepada bahagian kedua Funky yang hanya melibatkan Dini, Nani, Che Mat dan Sha.
Kemudian bahagian ketiga, kami masuk semula dan membuat gerakan bersama-sama.
Bahagian pertama menyaksikan
pergerakan pelajar-pelajar nakal dan perasan diva berkeliaran di kawasan
sekolah. Permulaan gerakan adalah gerakan masuk secara lokomotor pada masa yang
sama menolah ruang tubuh. Kemudian pergerakan dibuat secara bukan lokomotor dan
masih mengolah tubuh. Aksi tubuh dan emosi yang dipamerkan mesti menunjukkan
funky. Bahagian pertama diakhiri dengan post diva dan berjalan ke luar pentas.
Bahagian kedua dimulakan dengan
pergerakan masuk dengan membawa kerusi masing-masing. Setiap orang perlu
menggunakan kreativiti masing-masing untuk membuat gerakan indah bersama-sama
dengan kerusi yang dibawa. Penggunaan level dan ruang pentas diperbaik agar
ianya kelihatan cantik dan tersusun.
Bahagian ketiga juga dimulakan dengan
pergerakan masuk sambil membawa kerusi dan mereka yang sudah berada di atas
pentas diminta membuat post. Kemudian, mereka yang baru masuk ke pentas diminta
membuat gerakan menggunakan kerusi juga. Selepas itu, kami membuat pergerakan
serentak.
Kontroversi
(16 Mei 2012- Rabu- Pagi)
Kelas hari ini bertempat di panggung
budaya. Kami diminta membuat piece ketiga kami yang diarahkan oleh Encik Eddy.
Gerakan ini merupakan gerakan teknik lifting. Pelajar diminta melakukan gerakan
ini secara berpasangan. Gerakan dibuat oleh Fikry, Ricky dan Encik Eddy.
Kemudian, para pelajar diminta melakukan gerak yang sama. Gerakan yang
dilakukan agak stunt tetapi dengan menggunakan teknik yang betul. Setiap
gerakan yang diajar dapat dilakukan dengan mudah.
Funky
dunky (16 Mei 2012- Rabu- Malam)
Malam ini kami membuat latihan
pergerakan Funky. Pergerakan diperkemas dan diperbaik. Kami juga mendapatkan
komen dan pendapat daripada rakan-rakan kumpulan Fikri. Malam ini adalah malam
terakhir latihan Funky kerana kami akan mula berlatih pergerakan tema Love pada
malam esok. Sebelum bersurai, kami diminta mencari pergerakan bertemakan love
supaya latihan dan koreografi malam esok berjalan dengan lebih lancar.
Blasah
sendiri je la (17 Mei 2012- Khamis- Malam)
Malam ini Ricky tidak dapat hadir ke
latihan kerana perlu menyudahkan tesis. Kami membuat latihan sendiri pergerakan
Funky dan pergerakan Love yang telah kami, masing-masing cipta dan olah.
Latihan berakhir lebih awal pada mala mini.
Tukar
pulak dah (18 Mei 2012- Jumaat- Malam)
Ricky menukar tema Love kepada Unknown
yang mengisahkan ekspresi orang-orang gila dalam kehidupan seharian. Kami
diminta mengolah ruang dan aktiviti tubuh dengan lebih kreatif untuk
menunjukkan emosi orang gila. Walaupun pergerakan ini adalah pergerakan bebas,
namun iaya tidak semudah yang disangka. Permainan aksi tubuh, kualiti
pergerakan, ruang dan hubungan tidak mudah dilakukan. Gerakan yang dicipta dan
diolah mesti menunjukkan karakter orang gila. Pada masa yang sama, kami perlu
sedar ruang kami supaya koreaografi yang dihasilkan menarik dan tidak terabur.
X
brape nk jelas ckit (20 Mei 2012- Ahad- Malam)
Mlm ni kami buat rehersal penuh kt
panggung...juz nk tgk flow msuk camner...sbenarnye kami agak tak jelas gak...
tapi takpe ah....nnt esk kami wt rehersal lg kot...boleh la jelaskan ckit flow
ni...tadi aku ngan ya ngan athirah nga chu pakai bju skolah tau...hehehe rase
mcm budak skolh je...rindunye zaman skolah duluuu....penat la ari ni...nk tdo
awal la...tata...c u 2morrow...
Malam
pertama (21 Mei 2012- Isnin-Petang dan Malam)
Hari besar da tiba la....bdebaq aku
rase...tak sabar pun ade...ari ni kite org kene g pagi utk rehearsal
penuh....dlm kul 3 kot kami pegi...aku ngan ya pegi panggung dulu sbb chu ngan
athirah ade hal ckit...masuk2 je tadek org pun ag...hahahaa x sangka aku ngan ya
antara org terawal...cik Eddy suh kami call sume members suh dtg...nk wt
lighting nih....pas 3o minutes something diorg pun dtg la....kami pun wat la
lighting n etc..kami pun smpat ag wt latihan funky ngan unknown....
Malam tu...suppose to be psembahan nur
Ain dulu tp sbb ade masalah ckit....kami...pesembahan funky kene start
dulu...uish bdebar giler kot...pas tu kami masuk ar...tu tak mumula kami masuk
tu lampu x bukak sbb lighting awal kan da set utk performance nur ain....takpe
ah terus jer....abis persembahan...aku rase tak puas ar perform...skejap
sgt...aku ckp kt org laen...rupe nye dio org pun same...haha psembahan unknown
nnt kite org janji nk all out...hahaaha....Tibe pesembahan unknown...mmg kami
wat gile btol2...lantak la oh...mmg all out ah...enjoy je kt atas pentas
tadi...puas la perform sbb wt yg terbaik da...
Time balik... kami pakai bju skolah
tau...da la kami balik jalan kaki...cik Eddy tanye kite org...”nk balik pakai
baju skolah ke?” kami pun pelik sbb sblom ni che mat top pun tanye kite org
bende same...rupenye...cik Eddy kate tak takut nnt kene tahan polis ke...baru
tringat...kami kan pakai bju skolah balik tgh2 malam buta plak tu...tak ke
mnimbulkan kecurigaan...aduyai....sblom smpai umah..singgah kt kedai
burger..lapaq..lepak ar jap...sume org pelik..ye la budak skolah
tua...hhahahaa..
Da
abis da (22 Mei 2012- Selasa- Malam)
Maka malam ni berakhirlah 13 minggu
kami dalam pergerakan kreatif teater...sedih plak rase...mlm ni tak byk beza
pun ngan smalam..cume aku rase performance malam ni lebih baik ckit kot...ramai
kot penonton pengajian Malaysia hari ni...tkezut aku...segan plak rase nk
perform..tp bile da ade kt atas stage tu..aku blasah je sume...gerak ikut suka
ati aku je..performance kami kan...suke ati la oh..tp masih lg dlm keadaan
sedar diri la...mmmm InsyaAllah kami sume..budak seni lakon ngan teater akan
jmpe ag kot nnt..Cik Eddy kate nk wt makan2 ckit...ape2 pun spanjang aku jalani
klas kreatif teater ni...byk pngalaman and knowledge yg aku dpt..xkira secara
langsung ke tidak..byk jugak suke duke kat sini..hari ni..kami akan bpisah la
nmpaknye..tp frens plezz bukan stakat ni je...
Malam ini berakhirlah tugasan
pergerakan kreatif teater kami.malam kedua menyaksikan persembahan yang lebih
baik. Malam ini penonton lebih ramai daripada malam semalam. Ramai diantara
mereka adalah coursemate kami. Emosi kami agak tergugat dengan kehadiran
mereka. Pada mulanya kami berasa agak malu dan segan untuk melakukan gerakan
kami. Namun emosi di atas pentas ternyata berbeza apabila kami melakukan gerak
dengan lebih bersemangat. Malam ini kami sudah all out. Segala ilmu pergerakan
kreatif yang telah kami pelajari telah kami aplikasikan dalam gerakan kami.
Maka berakhirlah kelas kami.
0 comments:
Post a Comment