Pages

Kaedah lakonan biomekanik Vsevolod Mayerhold

           
Vsevolod Meyerhold mempunyai pendapat yang 360 darjah berbeza daripada gurunya, Stanislavsky. Stanilavsky cuba membawa realiti ke atas pentas, namun Meyerhold menolak konsep pementasan realiti. Beliau berpendapat bahawa persembahan adalah bersifat presentational dan bukannya representational. Persembahan adalah persembahan  dan bukannya sebuah imitasi daripada kehidupan realiti. Berbekalkan pendapat ini, Meyerhold melihat sesuatu yang pelik dan unik sebagai suatu persembahan yang indah. Oleh itu, tidak semua orang mampu mempersembahkan teater Meyerhold. Pelakon-pelakonnya terdiri daripada mereka yang mempunyai kebolehan pergerakan fizikal yang luar biasa seperti atlet dan ahli silap mata. Baginya, lakonan berbentuk realiti membantutkan luahan (expressivity) seseorang pelakon. Hal ini demikian kerana mereka terikat dengan kelakuan sesebuah watak yang dibawa (Pitchess, 2003). Lakonan berbentuk realiti juga membataskan imaginasi para penonton. Beliau menegaskan bahawa imaginasi adalah bersifat personal dan bukan semua orang mempunyai imaginasi yang sama. Pendekatan lakonan non-naturalistic mampu memberi persembahan yang lebih berdaya cipta. Maka terciptalah kaedah lakonan biomekanik. Menurut Garin, salah seorang pelajar Meyerhold:

 “Biomechanical training might be compared to a pianist’s studies…Mastering the technical difficulties of the exercises and etudes does not provide the student with a prescription for the lyric energy necessary, let’s say, to perform a Chopin nocturne…yet he must master the techniques in order to master his art. Technique arms the imagination.”

Pendektan yang digunakan dalam kaedah ini ialah stylisation, rhythm and music, the mask dan grotesque.

a)            Stylisation

Stylisation melahirkan ekspresi fizikal kepada pergerakan dan dialog seseorang pelakon. Ia bertujuan memudahkan capaian intipati sesuatu persembahan dan memberi keluasan kepada penggunaan ekspresi. Penyampaian persembahan jenis ini seolah-olah seperti melukiskan sebuah pemandangan. Idea yang disampaikan melalui gerakan fizikal akan berjalan seiringan dengan ritma muzik, dialog dan pergerakan seseorang pelakon.

b)            Rhythm and music

Bantuan ritma dan muzik memberi Meyerhold keberanian untuk menyampaikan mesej yang bertentangan (conficting message) kepada penonton. Bagi memastikan penonton menghayati sesebuah persembahan dalam keadaan yang sedar (penonton tidak hanyut dan tenggelam terus dalam persembahan), Meyerhold menggunakan muzik yang bertentangan dan para pelakon melakukan gerakan fizikal yang juga bertentangan. Terdapat tiga bahagian pusatan ritma.

  • Otkaz- refusal

Merupakan persediaan yang dilakukan oleh seseorang pelakon sebelum melakukan gerakan sebenar. Sebagai contoh:
Ø     bercangkung sebelum melompat
Ø     menggapai masuk sebelum mencampak keluar

  • Posil- to send

Merupakan aksi atau ekspresi sebenar. Sebagai contoh:
Ø     melompat
Ø     mencampak keluar

  • Tochka

Merupakan titik akhir bagi kitaran sebuah aksi. Ia merupakan titik rehat untuk ke pergerakan seterusnnya


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2JUQdfPl8wJDF0enUP_1l7nsYZzQJ8PzrQSjLQiMMtUR-D0ISz18KMjY6U84z_REVdaWnga__wDwzM8uMkWj97dpovAfQTP1zm9wPAH-A4ZKZAcVHj0pcO3lFBmnWgt1pS0m7izPrlns/h120/Presentation1.jpg



Contoh pergerakan pusatan ritma

c)            The mask

Mask boleh dicipta menggunakan mekap, stail rambut, ekspresi wajah atau sebarang teknik yang mencermikan watak yang dibawa oleh seseorang pelakon dalam konteks perwatakan luaran. Bagi Meyerhold, mask membantu pelakon untuk menyampaikan idea dan makna kepada sesuatu pergerakan yang dilakukan. Bentuk gerakan yang dihasilkan oleh badan perlu dilengkapi dengan ekspresi wajah. Penggunaan  mask membantu pelakon tenggelam dalam watak yang dibawa.

d)            Grotesque

Meyerhold tidak suka kepada sesuatu yang predictable. Grotesque ialah sebuah percanggahan yang menghasilkan perubahan kepada persepsi. Sesuatu yang bercanggah itu bercampur. Sebagai contoh, tragedy dan komedi, kehidupan dan kematian, serta cantik dan hodoh. Ia mengetengahkan sesuatu yang boleh disifatkan sebagai tidak sesuai pada tempatnya atau sebuah satira. Biasanya, ia berunsurkan misteri seperti pengaruh kuasa jahat (devil influence). Persembahan grotesque ialah sebuah persembahan fantasi atau misteri yang sangat menyeronokkan.


No comments:

Post a Comment