Vsevolod
Meyerhold mempunyai pendapat yang 360 darjah berbeza daripada gurunya,
Stanislavsky. Stanilavsky cuba membawa realiti ke atas pentas, namun Meyerhold
menolak konsep pementasan realiti. Beliau berpendapat bahawa persembahan adalah
bersifat presentational dan bukannya representational. Persembahan adalah persembahan
dan bukannya sebuah imitasi daripada kehidupan realiti. Berbekalkan pendapat
ini, Meyerhold melihat sesuatu yang pelik dan unik sebagai suatu persembahan
yang indah. Oleh itu, tidak semua orang mampu mempersembahkan teater Meyerhold.
Pelakon-pelakonnya terdiri daripada mereka yang mempunyai kebolehan pergerakan
fizikal yang luar biasa seperti atlet dan ahli silap mata. Baginya, lakonan
berbentuk realiti membantutkan luahan (expressivity) seseorang pelakon.
Hal ini demikian kerana mereka terikat dengan kelakuan sesebuah watak yang
dibawa (Pitchess, 2003). Lakonan berbentuk realiti juga membataskan imaginasi
para penonton. Beliau menegaskan bahawa imaginasi adalah bersifat personal dan
bukan semua orang mempunyai imaginasi yang sama. Pendekatan lakonan non-naturalistic mampu memberi persembahan yang
lebih berdaya cipta. Maka terciptalah kaedah lakonan biomekanik. Menurut Garin,
salah seorang pelajar Meyerhold:
“Biomechanical
training might be compared to a pianist’s studies…Mastering the technical
difficulties of the exercises and etudes does not provide the student with a
prescription for the lyric energy necessary, let’s say, to perform a Chopin
nocturne…yet he must master the techniques in order to master his art.
Technique arms the imagination.”
Pendektan
yang digunakan dalam kaedah ini ialah stylisation,
rhythm and music, the mask dan grotesque.
a) Stylisation
Stylisation melahirkan ekspresi fizikal
kepada pergerakan dan dialog seseorang pelakon. Ia bertujuan memudahkan capaian
intipati sesuatu persembahan dan memberi keluasan kepada penggunaan ekspresi.
Penyampaian persembahan jenis ini seolah-olah seperti melukiskan sebuah
pemandangan. Idea yang disampaikan melalui gerakan fizikal akan berjalan
seiringan dengan ritma muzik, dialog dan pergerakan seseorang pelakon.
b) Rhythm and music
Bantuan
ritma dan muzik memberi Meyerhold keberanian untuk menyampaikan mesej yang
bertentangan (conficting message) kepada
penonton. Bagi memastikan penonton menghayati sesebuah persembahan dalam
keadaan yang sedar (penonton tidak hanyut dan tenggelam terus dalam
persembahan), Meyerhold menggunakan muzik yang bertentangan dan para pelakon
melakukan gerakan fizikal yang juga bertentangan. Terdapat tiga bahagian
pusatan ritma.
- Otkaz- refusal
Merupakan
persediaan yang dilakukan oleh seseorang pelakon sebelum melakukan gerakan
sebenar. Sebagai contoh:
Ø bercangkung
sebelum melompat
Ø menggapai masuk
sebelum mencampak keluar
- Posil- to send
Merupakan
aksi atau ekspresi sebenar. Sebagai contoh:
Ø melompat
Ø mencampak keluar
- Tochka
Merupakan
titik akhir bagi kitaran sebuah aksi. Ia merupakan titik rehat untuk ke
pergerakan seterusnnya
Contoh
pergerakan pusatan ritma
c) The mask
Mask boleh dicipta
menggunakan mekap, stail rambut, ekspresi wajah atau sebarang teknik yang
mencermikan watak yang dibawa oleh seseorang pelakon dalam konteks perwatakan
luaran. Bagi Meyerhold, mask membantu pelakon untuk menyampaikan
idea dan makna kepada sesuatu pergerakan yang dilakukan. Bentuk gerakan yang
dihasilkan oleh badan perlu dilengkapi dengan ekspresi wajah. Penggunaan mask membantu pelakon tenggelam dalam
watak yang dibawa.
d) Grotesque
Meyerhold
tidak suka kepada sesuatu yang predictable. Grotesque ialah sebuah percanggahan yang
menghasilkan perubahan kepada persepsi. Sesuatu yang bercanggah itu bercampur.
Sebagai contoh, tragedy dan komedi, kehidupan dan kematian, serta cantik dan
hodoh. Ia mengetengahkan sesuatu yang boleh disifatkan sebagai tidak sesuai
pada tempatnya atau sebuah satira. Biasanya, ia berunsurkan misteri seperti
pengaruh kuasa jahat (devil influence). Persembahan grotesque ialah sebuah persembahan fantasi atau
misteri yang sangat menyeronokkan.
0 comments:
Post a Comment